loading...
" Satu hari saya tengah jemur baju di luar , mak mertua keluar dan berborak dengan kawan dia yang rumah selang 4 rumah juga dari rumah mertua ( borak jarak jauh)..ketika tu , kawan mertua tengah dukung cucu baru ..Tanpa semena mena mak mertua terus bersuara dgn lantang (dari jarang jauh ) cakap kat kawan dia MENANTU AKU TAK BOLEH BOLEH LAGI NAK BERANAK.."
Menantu Luah Kisah Sedih Mengharungi Hidup Berumahtangga...Allah, Sedihnya..Sebarkan Kisah ini Semoga Bermanfaat..
Menantu Luah Kisah Sedih Mengharungi Hidup Berumahtangga...Allah, Sedihnya..Sebarkan Kisah ini Semoga Bermanfaat..
Menantu Aku Bila Nak Beranak Aku Pun Tak Tau-Ibu Martua
Saya hanya ingin luahkan apa yang saya pendam . saya berusia 22 tahun dan sudah 2 tahun mendirikan rumah tangga . suami tak banyak timbulkan masalah dalam rumahtangga . cuma saya agak geram kerana dia juga tak mampu untuk sedapkan hati saya ketika saya diperli oleh family dia .
Dulu saya duduk dirumah nenek kerana dari kecik memang dirumah nenek . sampai lhaa suatu hari nenek meninggal . masa tu tahun lepas setahun selepas usia perkahwinan kami . jadi suami bawa saya kerumah mertua sementara untuk cari rumah sewa . sampai jea dirumah mertua (flat) , kami terkejut kerana bilik suami dulu telah diambil oleh kakak nya yang telah berkahwin . (suami ada 4 kakak) . kami tiada arah untuk pergi .
Jadi kami tinggal juga dirumah mertua dan tidur diruang tamu rumah . (flat) ruang tamu terhad . ketika itu saya sudah pun terasa hati kerana sisuami hanya mendiamkan diri . semua barang kami diruang tamu . seminggu dirumah mertua saya sudah banyak terasa . saya jenis berbadan gempal , jadi saya cepat panas dan berpeluh . setiap malam ketika tidur , mak mertua akan perlahankan kipas syiling diruang tamu sehingga no 1 .
Saya tidur sampai berpeluh2 .. bila beritahu suami , jawapan dia BIAR LHAA .. jadi saya biarkan juaa berpaut dihati . saya kerja ketika itu . jadi saya beli kipas meja sendiri . mak mertua turut perli saya . hampir 3 bulan bekerja ketika dirumah mertua suami suruh saya berhenti kerja kerana kesiankan saya yang balek lewat naik moto sorang2 .. lagi lhaa mertua perli saya ,, tiap kali suami gaji saya akan beli barang keperluan sayaa . dan mertua akan perli .
DUIT SIMPAN JANGAN NAK ENJOY JE . tak per . saya tak beritahu suamj kerana saya tahu jawapan nya . saya biarkan bertaut lagi . paling saya sedih dan rasa hina . bila mak mertua mula perli saya tentang rezeki Allah (baby) . satu hari saya tengah jemur baju di luar , mak mertua keluar dan berborak dengan kawan dia yang rumah selang 4 rumah juga dari rumah mertua ( borak jarak jauh) . ketika tu , kawan mertua tengah dukung cucu baru .
Tanpa semena mena mak mertua terus bersuara dengan lantang (dari jarang jauh ) cakap kat kawan dia MENANTU AKU TAK BOLEH BOLEH LAGI NAK BERANAK . ya Allah , time tu saya terus masuk rumah . baju pun tak habis jemur lagi . saya tiada bilik . jadi saya tak der tempat nak sembunyikan kesedihan saya . saya cuba untuk tahan air mata . akhirnya tewas juga . saya menangis tanpa saya duga .. saya pergi toilet untuk tenangkan diri .
Saya cuba beritahu suami . tapii ,, diam seribu bahasa . saya cuba tabahkan diri . saya pendam lagi . satu hari dirumah sedara mertua . ads majlis aqiqah anak sedara suami . ketika diruang tamu dengan penuh saudara mara . saya pencilkan diri dihujung ruang tamu kerana masing masing memangku bayi kecil . tiba tiba abg saudara suami tanya bila turn kami nak ada baby .
Saya hanya mampu senyum walaupun dalam hati laju air mata keluar .. suami juga turut senyum dan cakap INSHA ALAAH nanti ada lhaa .. tapi !!! mak mertua terus potong ayat suami .. dengan tanpa rasa serba salah mak mertua cakap dengan lantang (mak mertua memang jenis cakap kuat) BIASA LA SERVIS MURAH , NANTI BILA TUKAR SERVIS MAHAL OKAY LAA TU .. time tu rasa diri kena panah petir . badan rasa tiba tiba berpeluh . hanya mampu tundukkan mukaa . suami hanya diam seribu bahasa . Allah , beratnya ujian saya time tu . kalau lhaa arwah mak ada . mesti saya tak rasa macam dihina sekarang .
Saya mula banyak diamkan diri . sebab saya tahu saya menumpang dan tiada siapa akn pertahankan hak saya . puas saya ajak suami pindah . dia xnak . (suami saya anak mak ) (anak lelaki sorang , bongsu) . akhirnya company suami berkerja pindah . jauh dari rmah mertua . jadi tiada pilihan lain . suami bersetuju untuk pindah juga akhirnya .
Hujung bulan ni kami akan berpindah . alhamdulillah .. hilang lhaa sedikit tekanan untuk saya . sebenarnya saya setiap malam menangis . sebab saya tiada sesiapa lagi selepas arwah nenek meninggal ( tahun lepas ) . mak pula dari kecik dah tinggalkan saya .. tapi alhamdulillah suami tak pernah sekali pun bertanya tentang rezeki Allah tu . kami hanya mampu berusaha dan bertawakal . cuma sampai sekarang apa yang mertua cakap tu sentiasa terngiang2 ditelinga saya .. saya ingin minta pendapat sis sis yang lain cara untuk hadapi mertua macam saya ni.kisah rumah tangga.
loading...
0 Response to "(ViraL) 'Menantu Aku Bila Nak Beranak Pun Tak Tau..Biasalah, Servis Murah..Nanti Dah Tukar Servis Mahal, Okay laa.." - Menantu Luah Kisah Sebak"
Post a Comment