(ViraL) Astagha..Bayi Buta Sebelah Mata Gara-Gara Terkena Flash Kamera Smartphone, Doktor Sahkan Kedua-dua Mata Rosak Kekal..Sebarkan !

loading...
" Tolong ibubapa, majoriti ibubapa tak tahu flash kamera boleh menyebabkan kerosakan pd mocula, bahagian dlm mata..lagi satu, hati-hati dgn lampu dlm bilik air ketika memandikan bayi masing-masing, kecerahan lampu itu sebenarnya sgt dan terlampau bahaya...walaupun bayi menutup mata ketika berdepan cahaya kuat, ianya tidak akan menghalang daripada mata mereka buta atau rosak kekal...TOLONG SEBARKAN SEPANTAS MUNGKIN ! "





Seorang bayi buta sebelah mata selepas rakan kepada keluarganya yang menziarahi bayi berusia tiga bulan itu terlupa menutup flash kamera ketika merakamkan gambarnya dari jarak dekat.


Menurut doktor, bayi yang tidak dinamakan itu, mengalami kerosakan kekal akibat flash kamera berkenaan yang hanya 10 inci daripada bayi berkenaan.


Ia mengakibatkan mata kanannya buta manakala penglihatan mata kiri pula terjejas. Kerosakan itu dikatakan kekal dan tidak boleh dirawat menerusi pembedahan.


Flash kamera yang kuat itu telah merosakkan macula, iaitu bahagian dalam mata.


Macula tidak terbentuk hingga kanak-kanak berusia empat tahun, sekaligus bermakna mata bayi amat sensitif dengan sinaran cahaya yang kuat.


Ibu bapanya hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan penglihatan bayi itu sebaik sahaja gambar tersebut dirakamkan.


Setakat ini tidak diketahui sama ada keluarganya akan mengambil tindakan ke atas rakan mereka yang merakamkan gambar tersebut.


Menurut pakar, meskipun bayi akan menutup mata apabila mereka terdedah kepada cahaya yang kuat, namun cahaya itu boleh menyebabkan kerosakan kekal.


Ibu bapa juga sepatutnya berhati-hati ketika memandikan anak mereka memandangkan lampu dalam tandas mempunyai cahaya yang kuat.
loading...

0 Response to "(ViraL) Astagha..Bayi Buta Sebelah Mata Gara-Gara Terkena Flash Kamera Smartphone, Doktor Sahkan Kedua-dua Mata Rosak Kekal..Sebarkan !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close