(ViraL) Germpar ! Dunia Seakan Bersedia dgn Sebarang Kemungkinan, Korea Utara Lancar 4 Peluru Berpandu

loading...
"Dari segi jarak, peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,000 kilometer,"

Semenjak dua menjak nie, kena alert bila Korea Utara buat sebarang tindakan..yela kan, kita kan dah ada kaitan secara langsung dgn Korea Utara sejak kes kematian rakyatnya...apa-apa pun, sama-sama kita doakan Malaysia selamat dan terpelihara daripada sebarang bencana...AAMINN..




Korea Utara melancarkan empat peluru berpandu balistik ke Laut Timur yang juga dikenali sebagai Laut Jepun, hari ini dengan tiga daripadanya memasuki perairan Jepun.

Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, Seoul dan Amerika Syarikat sedang mengalisis data untuk mendapat maklumat lanjut berhubung pelancaran itu

"Dari segi jarak, peluru berpandu itu terbang sejauh kira-kira 1,000 kilometer," katanya.

Seoul berkata, angkatan teneranya kini memantau Angkatan Tentera Korea Utara untuk sebarang provokasi selain mengekalkan tahap kesediaan.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berkata, keempat-empat peluru berpandu itu dilanjarkan hampir sekaligus dan tiga daripadanya memasuki kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Jepun.

Manakala, pejabat presiden Korea Selatan berkata, pemangku Presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-Ahn mengadakan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Kebangsaan akibat pelancaran itu.

Minggu lalu, Korea Selatan dan Amerika Syarikan memulakan latihan ketenteraan bersama yang membawa kemarahan Pyongyang kerana menganggapnya sebagai raptai provokatif dan persediaan serangan.

Bulan lalu, Pyonyang juga melancarkan peluru berpandu balistik pertamanya sejak Oktober tahun lalu yang dianggap Seoul sebagai tindakan menguji tindak balas kerajaan Amerika Syarikat baru di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump.
loading...

0 Response to "(ViraL) Germpar ! Dunia Seakan Bersedia dgn Sebarang Kemungkinan, Korea Utara Lancar 4 Peluru Berpandu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close